Adakah Kita Jiwa Merdeka: Amerika dan British mengapa masih kita ikut telunjuk mereka ?
Banyak lagi gambar tentera Amerika dan British ini sedang meratah tubuh umat islam (rujuk laman dibawah)
Saya telah membaca post di Malaysian in Zagazig, dan saya amati penghujjahan sahabat-sohabiah disana,maka saya tertarik menulis kali ini tentang British dan Amerika yang begitu ramai rakyat malaysia yang berada dimana-mana menyangjungi mereka.
Berkaitan dengan kemerdekaan, saya tak mahu ulas panjang berkaitan sejarah dulu,siapakah sebenarnya pejuang Negara dan islam?. Cuma kepada semua sahabat-sohabiah sila buka mata.Benar, Kita tidak sepatutnya berpuas hati dengan berada dibawah jajahan jepun,komunis. Kita mesti tuntut kemerdekaan Negara. Tetapi perlu ingat, kemerdekaan bukan untuk melayu sahaja, dan bukan untuk perkauman/ nasionalisme. Kemerdekaan adalah demi islam, merdeka membawa islam. Didalam islam, tiada wilayah ditetapkan benar masuk atau larang, asalkan Negara islam, kita sebenarnya tidak perlu passport(banyak larangan) untuk tinggal disesebuah Negara, kerana bumi ini bumi Allah.
Kita juga tidak sepatutnya bersyukur dengan British, kerana tiada bezanya antara bawah jajahan jepun, komunis mahupun british serta sekutunya Amerika. Kerana kesemuanya membawa kefasadan/kebinasaan dan tiada untung untuk perkembangan islam. Sekiranya kita bersyukur telah bebas dari jajahan jepun dan komunis satu ketika dulu, dan berasa merdeka dengan berada dibawah telunjuk British, sebenarnya kita masih tidak merdeka (dari segi hakiki) bahkan kita berada didalam kejahilan yang nyata. Keluar dari penjajahan lahiriyah dan masuk ke penjajahan batiniah, yang berkaitan pula dengan agama menjadi taruhan.
Bagaimana kita boleh berkata kita benar-benar merdeka dengan bebas dari jepun dan komunis serta lainnya dan didalam masa sama berada dibawah perjanjian British dan sekutunya amerika? Ia umpama keluar mulut buaya masuk ke mulut naga. Mulut buaya dan naga, kedua-duanya perlu segera kita keluar dari genggaman jahiliyah moden ini.
Perjanjian British, banyak pincangnya. Bukankah kita sudah merdeka? Zohir merdeka ini perlu kita ambil kesempatan untuk merubah Negara dengan menyedarkan rakyat peri-penting memahami pembawakan islam, dan laksanakan islam didalam Negara. Contoh, sekarang sahaja hukum hudud bukan tidak diterima dalam negara, bahkan dipermain-mainkan, bukan oleh orang bukan islam, akan tetapi pemimpin-pemimpin islam termasuk pemimpin agama yang berkepentingan didalam Negara saat ini. Mengapa hukum Allah yang tercatat didalam al-quran supaya dilaksanakan, telah ditolak seumpama ianya cacat? Ini bukan tuduhan. Hudud ditolak, mentah-mentah dengan tuduhan " habis nanti semua orang tiada kaki tangan, macam mana mahu cari rezeki? ", diungkap sendiri oleh menteri agama (Wanita) satu ketika dulu, saat datang berkunjung ke mesir. Cukup memalukan. Andainya kita tidak mahu membawa hukum Allah, jangan dihina hukum itu kerana kepentingan peribadi. Na'uzubillahi min zalik. Bila menteri agama sendiri berkata seperti itu, mana pembelaan terhadap islam dinegara kita. Sudah tentu hukum sivil yang diikuti rakyat, bila pemimpin sendiri menyatakan hukum islam tidak bersesuaian.
Maka itu, kemerdekaan (yang hanya ada pada nama) ini patut kita gunakan sebaik-baiknya , sedikit ruang bersuara kita gunakan, cuba mengislah Negara dengan membawa masyarakat kearah memilih pemimpin yang mahukan islam berada diatas, kerana “ islam ya’lu wala yu’la alaih” bermaksud islam itu teratas dan tiada yang mengatasinya. Islam mengajar kita supaya beramal dengan al-quran dan sunnah, amar ma’ruf nahi mungkar, mengambil islam secara syumul bukan sebahagian. Membawa Islam ke pentadbiran negara, Islam memimpin bukan dipimpin. Moga dengan naiknya pemimpin yang inginkan islam, perlembagaan boleh diubah bagi mana-mana terma perlembagaan yang pincang, melalui parlimen.
Jangan.. !!! sesekali jangan.. !!! Jangan berpuas hati degan berkata “ syukurlah kitakan dah merdeka”. Sedangkan islam dimalaysia seperti islam pada nama. Manhaj pengajian islam disekolah menengah contohnya, hanya diajar islam yang mana murid-murid tidak berilmu sahaja biasa mampu memahami selibus pengajian mereka tanpa guru mengajar, hendak menggambarkan betapa islam yang diajar dimalaysia sangatlah bertahap rendah. Tiada penekanan tentang ilmu islam yang benar-benar luas. Ini akibat didikan orentalis berleluasa kerana masih menggunakan perlembagaan British dan sekutunya.
Adalah lebih indah menjadi seperti palestin. Walaupun Negara mereka masih mencari kemerdekaan zohiriyah, tetapi jiwa mereka sebenarnya merdeka. Islam disana benar-benar menerap masuk kedalam hati-hati rakyat palestin. Rakyatnya bermajoriti menghafal Al-Quran, mengatahui manhaj islam, beramal dengan islam sebenar. Adakah mereka mati? Tidak mereka tetap hidup seperti kita, malah matinya mereka lebih mulia dari kita, kerana berada dimedan jihad sebenar dan mendapat pentarbiahan sebenar dari pemimpin Negara. Negara mereka sebenar-benarnya berakyatkan rakyat yang merdeka. Alhamdulillah.
Apa bezanya komunis dan jepun (satu masa dulu) yg berlaku zalim pada rakyat malaya dengan British@Amerika dan sekutunya? Mereka semua menjajah dunia islam sama ada lahiriyah atau batiniah (jelas menjajah Negara@dari segi perundangan dan pembawakan),hanya berkehendakkan pada yang bathil (kerana tiada yang haq selain agama ALLAH). kita sebenarnya tetap dijajah Bila mana kita berterusan mengikut mengagungkan undang-undang British@amerika. Lihat,bagaimana licik British dan amerika ini,menyatakan ingin menghapus keganasan,ingin membawa keadilan, ingin memajukan Negara umat islam, ingin itu dan ini demi perbaikkan kononnya. Walhal, ape yang mereka buat? Hanyalah penindasan, memeras umat islam, mencabul wanita-wanita islam, membunuh rijal-rijal,wanita, kanak-kanak, yang tidak berdosa, dan segala kepincangan dilakukan mereka.
Dalam ana search ingin mencari gambar Quran terlampir post dan gambar ini:
Semua ini dibisukan. Kezaliman sebenarnya terjadi. Nak mengharapkan British@amerika menghukum tentera yang bersalah, jangan diharap,disebabkan mereka (pemimpinnya) sendiri yang rela dan membenarkan,sehingga memasukkan segala-gala fail kesalahan dan kezaliman tentera mereka kedalam laci dan dikunci serapat-rapatnya agar tidak diketahui dunia luar.
Terkenang ana akan peristiwa di penjara abu gharib, yang membuatkan ana sentiasa berfikir nasib ummat islam disana pada saat itu, hingga sukar tidur malam, rasa ingin berjuang disana. Berlaku satu kisah, pemudi-pemudi yang dipenjarakan di Abu Gharib, menghantar surat (melalui pekerja yang simpati di penjara), menyeru kepada tentera-tentera mujahidin iraq mengebom penjara Abu Gharib (yang saat itu pemudi-pemudi tadi berada didalamnya). Mereka menyeru agar dibom penjara itu,kerana tidak sanggup lagi hidup dengan penuh kejelikan. Mereka diperkosa sekurang-kurangnya 9 kali sehari,bagi setiap orang,bahkan ada yang lebih teruk dari itu. Mereka tidak tidur kerana sentiasa diperkosa. Diperkosa dihadapan rakan-rakan,tiada Seurat benang sepanjang didalam penjara. Setelah mengandung,dan membuncit mereka dihumban keluar penjara,satu penghinaan buat orang islam.si tentera kuffar Amerika dan british ini berkata " kamu semua (wanita-wanita) ambillah hadiah dari kami, iaitu anak-anak haram dari benih kami yang kamu jijikkan, kamu semua memang layak diperlakukan seperti itu" . Dan ada yang tidak tahan lalu menghantuk diri kedinding hingga mati. Berkata salah seorang dari mereka (pemudi di penjara yang turut diganyang) “ aku tahu perasaan wanita yang membunuh dirinya itu,dia umpama tidak sioman kerana diperlaku seperti binatang ketika pemerkosaan, moga allah menerimanya ke syurga”. Ini tahap kekejaman orang kafir dari British dan amerika yang sebahagian kita sanjungi.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
Surat yang diutus pemudi-pemudi penjara hanya menulis surah al-ikhlas. Yang bermaksud: “ Katakanlah dialah yang maha esa. Allah adalah Rabb yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada seorang pun yang setara dengannya” .
Berkata pemudi-pemudi (yang setiap detik mereka diperkosa), "apakah kalian (pejuang-pejuang Allah) tidak gentar kepada ALLAH. Bukankah kalian (pejuang Allah) mengesakan tuhan yang satu iaitu Allah. Tidakkah hati kalian gementar dan dengan apa yang terjadi terhadap kami. Demi tuhan yang esa, Allah yang satu. Demi Allah, sanggupkah kalian membiarkan kami terus-menerus berada didalam genggaman tentera laknat amerika dan sekutunya? Mereka memperkosa kami sepanjang masa, diperlakukan kami dengan penuh hina, diratahnya kami, kami muslimah yang belum bernikah, diperlakukan seperti ini, kami menjadi bahan pemuas nafsu mereka sepanjang detik dan saat. Demi Allah kami lebih rela kalian memusnahkan penjara ini, memusnahkan tentera laknat ini, dari terus merosakkan maruah kami. BOM lah penjara Abu Gharib ini, bomlah kami bersama tentera laknat (amerika dan british) biarkan mereka tentera kafir laknat ini mati, kami rela syahid didalamnya, atau kalian lebih rela membiarkan kami hidup sebagai pemuas nafsu syaitan-syaitan pemuka di penjara ini (tentera kafir laknat)? "
Akhirnya, dengan seruan pemudi-pemudi yang terinaya tadi, berbekalkan warkah berisi ayat surah Al-Ikhlas, bergetarlah jiwa pejuang agama Allah. Para perjuang, mengebom dan menyerang penjara Abu Gharib, yang mana pernah kita saksikan di kaca T.V, penjara Abu Gharib menyaksikan pertarungan sengit, antara senjata dan bom mujahidin dan tentera kafir terdiri dari British dan amerika satu ketika yang lalu. Ia masih segar dalam ingatan saya. Video-Video serangan tentera Allah ke atas penjara Abu Gharib kita tonton di Youtube. Pejuang-pejuang ini lakukan Semuanya demi apa. Ia adalah Pembelaan untuk Ummat islam dan keadilan.
Kita,tahap perang senjata amat jauh sekali. Perang kita sekarang adalah melalui mata pena, jari jemari (penggunaan sebaran maklumat ke internet) dan suara-suara kita serta ilmu yang kita pelajari kita sampaikan kepada ummat islam khususnya di Malaysia, keluarga sanak saudara dan lain-lain.
Oleh yang demikian, jangan lagi disanjungi kaum yang membawa kemusnahan terhadap ummat islam sedunia, bahkan ke negara kita, iaitu British dan Amerika. Kita benci Yahudi kerana mereka zalim, tetapi dalam masa sama umpama kita menyanjungi dua negara ini (British dan Amerika) yang sama-sama dengan Yahudi Zionis meratah ummat islam
Kemerdekaan yang ada kelihatan pada mata kita ini, seharusnya kita gunakan kesempatan, untuk memilih pemimpin islam yang mampu membawa negara kearah keadilan yang hakiki. Pemimpin yang haraki, Pemimpin sama ada dari kalangan ulama' atau profasional (mendalami ilmu islam yang hakiki dan haraki), kita naikkan menjadi nakhoda negara.
Pertama : Berunding atau berbincang adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam asal sahaja ia bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah swt atau dalam keadaan yang lain ialah untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran . Sebagaimana perbincangan juga adalah sangat digalakkan bagi mencari damai dan sejahtera dalam hidup kita bermasyarakat . Cari kata sepakat dan menghindarkan khilaf yang membawa retak dan belah kepada ummat ini .
و إن طائفتان من المؤمنين اقتتلون فأصلحوا بينهما فإن بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغى حتى تفئ إلى أمر الله
Sesungguhnya orang - orang yang beriman ialah mereka yang gementar hati mereka apabila disebut nama Allah dan apabila dibacakan ayat - ayat Allah ke atas mereka maka bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan mereka , mereka bertawakkal . al Hujurat
Kedua : Namun perundingan atau perbincangan untuk mengukuhkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh pertubuhan, organisasi, individu mahupun parti ,kerajaan, NGO dan lain-lain, demi menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebathilan adalah perundingan atau perbincangan yang Wajib ditolak






